FLaytout Menu
Sporty young woman with protein at home, closeup

Pemakanan & Kesihatan Harian

Suplemen BCAA: Berikut ialah Perkara yang Anda Perlu Tahu

Dana Ryan 7 Februari 2024

Asid amino ialah bahan binaan yang digunakan oleh badan kita untuk membuat semua protein. Terdapat sembilan asid amino penting, tiga daripadanya ialah asid amino rantai bercabang (BCAA): leusina, isoleusina dan valina. Kumpulan ini mewakili sekitar 35% hingga 40% daripada semua asid amino penting yang terdapat dalam badan, dan 14% hingga 18% yang terdapat dalam otot.

Rantai bercabang merujuk kepada struktur kimia BCAA, yang terdapat dalam makanan yang kaya protein seperti telur, daging dan produk tenusu. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, suplemen BCAA telah menjadi semakin popular dalam kalangan atlet dan peminat kecergasan yang bertujuan mahu membina otot, kerana ia dipercayai meningkatkan pengeluaran tenaga semasa bersenam dan mengandungi pelbagai manfaat.

Berikut ialah tiga manfaat utama BCAA:

Ia Membantu dalam Menggalakkan Pertumbuhan Otot:

  • Berbeza dengan kebanyakan asid amino lain, BCAA akan teroksida dalam otot dan bukannya hati, menjadikan ia sumber yang lebih tersedia untuk sintesis protein - proses membina otot.
  • Dengan mengaktifkan enzim yang bertanggungjawab untuk menggalakkan pertumbuhan otot, BCAA meningkatkan kadar sintesis protein dan mengurangkan kadar degradasi protein dalam otot.

Ia Membantu dalam Menyokong Pemulihan Otot*:

Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Sukan dan Kecergasan Fizikal menunjukkan bahawa BCAA boleh membantu dalam pemulihan otot dan membantu hal berkaitan sensasi yang tidak selesa pada mulanya dalam dua cara:

  • Dengan menurunkan paras darah dua enzim yang terlibat dalam kerosakan otot: kreatina kinase dan laktat dehidrogenase.
  • Dengan meningkatkan sintesis protein, yang membantu memelihara tisu otot semasa latihan yang berat.

Apabila diambil sebelum latihan, BCAA boleh mengurangkan tahap kesakitan otot dengan berkesan dengan mengekalkan gentian otot.

Ia Membantu dalam Mengurangkan Keletihan Bersenam:

  • Triptofan akan ditukar kepada serotonin, bahan kimia otak yang menyumbang kepada keletihan semasa bersenam. Dengan mengehadkan kemasukan serotonin ke dalam otak anda, BCAA membantu dalam mengurangkan keletihan bersenam.
  • BCAA juga membantu dalam mengekalkan simpanan glikogen anda, sumber tenaga pilihan otot untuk menghasilkan tenaga. Oleh itu, mempunyai sumber tenaga yang boleh dipercayai semasa bersenam boleh membantu anda menjadi lebih kuat untuk masa yang lebih lama.

Inilah cara anda boleh memasukkan BCAA dalam diet anda untuk membantu pemulihan otot yang lebih cepat:

BCAA adalah penting, yang bermaksud badan kita tidak boleh menghasilkan BCAA, dan ia hanya diperoleh melalui makanan dan makanan tambahan. Inilah cara anda boleh memasukkan BCAA dalam diet anda untuk membantu pemulihan otot yang lebih cepat:

BCAA terdapat dalam pelbagai makanan seperti daging, ayam, ikan, kekacang dan lentil, produk tenusu seperti keju dan susu, tauhu dan tempe, telur, kuinoa, kacang dan biji-bijian. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk mengambil suplemen BCAA untuk menyokong pertumbuhan otot dan prestasi fizikal.

Cubalah HERBALIFE24 RS Pro* - minuman shake yang membina otot berterusan yang membantu untuk memberikan nutrisi bagi menyokong penjagaan otot selepas bersenam. Ketahui lebih lanjut <pautan ke halaman produk>[TY1]

*Penafian: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, memulihkan atau mencegah sebarang penyakit.


Rujukan:
https://www.healthline.com/nutrition/benefits-of-bcaa#TOC_TITLE_HDR_8
https://iamherbalifenutrition.com/fitness/bcaa-supplements/