FLaytout Menu
HNF children event

20 Julai 2023

12:00 PG

PST

|

APAC

Yayasan Herbalife Nutrition Teruskan Komitmen Untuk Tingkatkan Pemakanan Bagi Kanak-Kanak Memerlukan

Lima pertubuhan amal terima geran berjumlah kira-kira RM450,000

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2023 – Yayasan Herbalife Nutrition (HNF), sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang bertekad untuk memberikan khasiat kebaikan dan pendidikan pemakanan kepada kanak-kanak memerlukan, baru-baru ini menyampaikan geran tahunan berjumlah kira-kira RM450,000 (USD 98,100) kepada rakan-rakan kerjasamanya di bawah Program Casa Herbalife Nutrition. Geran tersebut dijangka membawa manfaat kepada 300 kanak-kanak dari lima rumah amal iaitu Good Samaritan Home di Kelang, Hope Mission Welfare Society di Teluk Intan, Pertubuhan Kebajikan Amitabha Malaysia di Johor Bahru, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim / Miskin Rukaiyah di Kajang, dan Yayasan Chow Kit di Kuala Lumpur.

Sejak 2005, Yayasan Herbalife Nutrition telah bekerjasama dengan pertubuhan amal di seluruh dunia untuk membawakan kebaikan pemakanan kepada kanak-kanak yang memerlukan, memastikan perkembangan mereka yang sihat dan mengubah kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia menerusi Program Casa Herbalife Nutrition.

Majlis penyerahan cek replika telah diadakan sempena penyampaian geran tersebut di acara Hujung Minggu Pembangunan Ahli Herbalife Malaysia. Turut hadir di majlis tersebut ialah Steven Chin, Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura. Beliau berkata, “Kami percaya pemakanan dan pendidikan yang sebaiknya serta persekitaran hidup selamat memainkan peranan penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Jasa baik dan sokongan tidak berbelah bagi daripada para pengedar kami memainkan peranan penting dalam usaha mengumpulkan sumbangan bagi Yayasan Herbalife Nutrition. Bersama-sama, kami sukacita untuk memberikan sokongan berterusan kami kepada rakan-rakan kerjasama di bawah Program Casa Herbalife Nutrition.”

“Memberikan geran kepada rakan-rakan kerjasama kami hanyalah salah satu aspek Program Casa Herbalife Nutrition. Memandangkan kami sedar betapa pentingnya melengkapkan kanak-kanak dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk membuat pilihan gaya hidup yang positif, kami melancarkan Program Casa STAR kami pada 2019, iaitu inisiatif kesihatan dan kesejahteraan komprehensif yang memberi tumpuan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan memupuk amalan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif,” tambahnya.

Program Casa STAR 2023 menyaksikan penyertaan 140 kanak-kanak daripada Good Samaritan Home, Hope Mission Welfare Society, Pertubuhan Kebajikan Amitabha Malaysia, dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim / Miskin Rukaiyah. Selain daripada ceramah pemakanan yang penuh maklumat, bengkel senaman interaktif, dan pendidikan tentang cara membaca label makanan dan pemilihan ramuan, kanak-kanak tersebut berpeluang memanfaatkan ilmu praktikal dalam lawatan sambil belajar mereka ke pasar raya untuk membeli barang dapur.

Semasa merakamkan penghargaan mereka sebagai penerima Program Casa Herbalife Nutrition, En. Nick Lee, Setiausaha Kerhomat Good Samaritan Home berkata, “Sokongan yang kami terima menerusi Program Casa Herbalife Nutrition sejak 2012 telah membolehkan kami menyediakan persekitaran yang memupuk perkembangan kanak-kanak di bawah jagaan kami. Kesan program ini tidak terhad kepada nilai wang yang diterima, tetapi turut membantu anak-anak kami membina asas yang kukuh demi masa depan yang lebih sihat.”

Dr. Abdul Rahman B Kurais, Pengerusi Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim / Miskin Rukaiyah turut mengulas, “Kami amat menghargai kerjasama ini yang memberikan sumbangan positif kepada perkembangan anak-anak kami. Program Casa STAR khususnya merupakan satu inisiatif hebat yang membolehkan mereka menimba ilmu berharga sambil mengukir kenangan manis dan kami sukacita untuk melihat mereka teruja untuk mula mengamalkan kehidupan yang sihat.”

Ananti Rajasingam, Ketua Pegawai Eksekutif yang mewakili Yayasan Chow Kit di majlis penyampaian replika cek tersebut berkata, “Kami amat bersyukur atas peluang untuk menyertai Program Casa Herbalife Nutrition. Geran yang cukup bermakna ini akan menyokong misi kami untuk menyelesaikan isu keterjaminan makanan dalam kalangan 150 kanak-kanak di sekitar Kawasan Chow Kit. Selain daripada memenuhi keperluan segera kanak-kanak, geran ini juga akan membantu usaha mewujudkan masa depan yang lebih selamat bagi mereka.”

Mengenai Yayasan Herbalife Nutrition

Sejak 2005, Yayasan Herbalife Nutrition (HNF), sebuah pertubuhan bukan keuntungan 501(c)(3) global, bertekad untuk menambah baik kehidupan kanak-kanak dan masyarakat di seluruh dunia. HNF menyokong rakan-rakan program Casa Herbalife Nutrition bertumpukan komuniti di seluruh dunia, dengan membawakan pemakanan yang sihat kepada masyarakat yang terdedah dari segi sosial, dan juga membantu organisasi yang memberi tumpuan meningkatkan capaian, pendidikan, pemakanan sihat, dan kesejahteraan am serta usaha pemulihan bencana. Untuk maklumat lanjut tentang HNF dan cara anda boleh menyokong program-program ini, sila layari www.herbalifenutritionfoundation.org

Mengenai Herbalife

Herbalife (NYSE: HLF) ialah sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan terulung yang telah mengubah kehidupan insan dengan produk pemakanan yang hebat serta peluang perniagaan menarik bagi ahli-ahli bebasnya sejak 1980. Syarikat ini menawarkan produk-produk bermutu tinggi berlandaskan sains kepada pengguna di 90 negara oleh pengedar usahawannya, yang memberikan bimbingan secara bersemuka dan membina komuniti yang menyokong satu sama lain yang mendorong pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih aktif, untuk menikmati kehidupan dengan sebaiknya.