FLaytout Menu
This asset is part of the Lifestyle Photography Standards and Assets Style Guide. This asset is also part of the Herbalife Nutrition products and healthy photo images.

31 Julai 2023

10:00 PTG

PST

|

APAC

Pemakanan Sihat Demi Penuaan Sihat

Penuaan adalah satu proses berterusan yang tidak dapat dielakkan dan perlu dilalui oleh setiap insan. Biarpun perjalanan usia menjadikan kita semakin berilmu, matang dan berpengalaman, namun penuaan juga boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan kita. Satu lagi perkara yang harus diberi perhatian ialah Malaysia mempunyai semakin ramai warga emas. Inilah kemelut yang dihadapi Malaysia, yang kini semakin mencapai status negara tua. Malah, dianggarkan bahawa menjelang 2040, sebanyak 15% daripada jumlah penduduk Malaysia berumur lebih 60 tahun. Pada 2022, kira-kira 7.3% daripada penduduk negara berusia 65 tahun dan ke atas. Menyedari hakikat ini, kita perlu memikirkan tentang proses penuaan sihat sejak dari awal, untuk memastikan kita dapat menikmati usia emas dengan selesa dan sejahtera.

Pemakanan: Faktor Penting dalam Penuaan Sihat

Pemakanan memainkan peranan yang amat penting dalam usaha mencapai kesejahteraan. Malnutrisi atau kekurangan zat makanan ialah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh warga emas, yang hakikatnya boleh menyebabkan kelemahan tulang, kecenderungan mengalami jangkitan dan pemulihan yang lebih perlahan. Pemakanan optimum bukan sahaja membantu mengatasi cabaran yang dihadapi tetapi juga membantu menangani kesan penyakit kronik. Sehubungan itu, Tinjau Selidik Penuaan Sihat APAC Herbalife Nutrition 2020 melaporkan bahawa 44% daripada responden Malaysia yakin dengan keupayaan mereka untuk meniti usia emas dengan sihat, manakala 88% menyatakan mereka sudah mengambil langkah proaktif untuk mencapai matlamat tersebut. Hasil tinjauan ini amat menggalakkan dan momentum tersebut hendaklah diteruskan supaya lebih ramai rakyat Malaysia proaktif dalam usaha mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih baik. 

Keseimbangan, Kesederhanaan, dan Kepelbagaian 

Badan kita memerlukan pelbagai nutrien berbeza untuk berfungsi secara optimum. Keperluan ini harus dipenuhi menerusi pengambilan pemakanan harian berasaskan konsep suku-suku-separuh dan melibatkan kumpulan makanan berbeza untuk membekalkan nutrien yang seimbang. Pelbagai makanan yang penuh berkhasiat di bawah boleh melengkapkan diet anda dengan serat penting, vitamin yang diperlukan serta antioksidan yang berkesan, lantas mengukuhkan benteng pertahanan daripada sebarang penyakit berkaitan umur.

  • Bijirin: Pilih bijirin penuh yang kaya dengan nutrien seperti beras perang dan oat. 

  • Protein Bermutu Tinggi: Kekalkan jisim dan kekuatan otot dengan pengambilan daging kurang lemak, ikan, telur, sayur dan tauhu. 

  • Buah dan Sayur: Nikmati buah-buahan dan sayur-sayuran segar aneka warna, seperti sayur berdaun hijau, tomato, terung ungu dan nenas. 

  • Susu dan Produk Tenusu: Tingkatkan kesihatan tulang dengan makanan yang kaya dengan kalsium. 

  • Legum, Kekacang dan Bijian: Tingkatkan kesejahteraan dengan sumber makanan yang kaya dengan protein dan lemak sihat. 

Memanfaatkan Kuasa Antioksidan

Kajian tentang penuaan mendapati bahawa kerosakan sel dan tisu yang dialami akibat radikal bebas yang terbitan oksigen kian bertambah seiring peningkatan usia, dan menyebabkan proses penuaan. Untuk mengurangkan kesan ini, antioksidan dipercayai mengurangkan kerosakan radikal bebas, yang seterusnya berpotensi mengurangkan kadar penuaan. Justeru, kita hendaklah mengambil pelbagai jenis makanan yang kaya dengan antioksidan.  Salah satu antioksidan yang berkesan ialah asid alfa-lipoik, yang boleh didapati secara semula jadi dalam makanan yang kita makan dan badan kita. Kajian mendapati bahawa asid alfa-lipoik berupaya menyekat perkembangan penyakit berkaitan usia dengan mengurangkan kerosakan radikal bebas kepada sel dan turut memberikan kesan positif terhadap fungsi kardiovaskular dan pengurusan sindrom metabolik.

Mengamalkan Tabiat Pemakanan Lebih Baik Seiring Peningkatan Usia

Sambil usia kita semakin meningkat, keperluan pemakanan badan kita juga berubah. Oleh yang demikian, kita seharusnya mengamalkan tabiat pemakanan yang paling sesuai dengan keperluan diet kita yang berbeza. 

  • Lazimnya kita semakin kurang aktif apabila kita semakin tua dan metabolisme kita juga semakin perlahan. Ini bermakna kita memerlukan jumlah kalori yang lebih rendah. Maka kita harus mengurangkan makanan berkalori tinggi yang kurang nutrien, seperti makanan goreng dan minuman bergula. Utamakan makanan yang penuh berkhasiat untuk membekalkan tenaga optimum kepada badan.

  • Kawal pengambilan natrium dengan mengurangkan penggunaan garam semasa memasak. Pengambilan berlebihan makanan yang banyak garam seperti daging terproses, makanan penjaja dan sos boleh meningkatkan risiko hipertensi dan penyakit tidak berjangkit (NCD) lain.

  • Air amat penting bagi banyak fungsi badan. Sambil umur kita meningkat, tahap kehausan kita akan berkurangan dan komposisi badan kita juga berubah. Kekalkan tahap penghidratan dengan minum lapan gelas sehari. 

  • Kerap bersenam untuk mengawal berat badan. Senaman hanya 30 minit sehari mengekalkan fungsi harian dan juga menjaga kesejahteraan keseluruhan. 

  • Pastikan anda maklum tentang khasiat tambahan. Kita mungkin memerlukan vitamin dan mineral tambahan apabila kita semakin berumur. Dapatkan nasihat daripada profesional perubatan tentang khasiat tambahan yang memenuhi keperluan unik anda.

Penuaan ialah lumrah kehidupan dan semua orang akan mengalami proses ini. Sambil Malaysia menjadi sebuah negara dengan lebih ramai warga emas, kita sebagai individu harus mengambil inisiatif untuk melindungi kesihatan kita pada masa depan. Tidak kira berapa umur kita sekarang, kita hendaklah mengambil langkah awal agar kita dapat meniti usia emas dengan sihat sejahtera. Perubahan yang dibuat apabila kita masih produktif, tidak kira kecil atau besar, boleh menjamin kesihatan kita pada masa depan! 

Mengenai Herbalife

Herbalife (NYSE: HLF) ialah sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka yang telah mengubah kehidupan insan dengan produk pemakanan yang hebat serta peluang perniagaan menarik bagi pengedar bebasnya sejak 1980. Syarikat ini menawarkan produk-produk berlandaskan sains kepada pengguna di lebih daripada 90 pasaran menerusi pengedar usahawannya, yang memberikan bimbingan secara bersemuka dan membina komuniti yang menyokong satu sama lain yang mendorong pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif untuk menikmati kehidupan terbaik mereka.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Subashni Sundarasan
Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam
Herbalife Malaysia
012-338 3021
subashnis@herbalife.com

Kanessha Ramakrishnan
acorn communications sdn. bhd.
018-961 1005
kanessha@acornco.com.my